Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naib Ketua Pemuda AMANAH dijatuhi hukuman penjara 8 bulan

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar didapati bersalah atas kesalahan menghasut oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.

Hakim Shamsudin Abdullah berkata, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

Ketika menjatuhkan hukuman, ujar hakim, mahkamah mengambil kira kata-kata yang dituturkan yang memperlihatkan kecenderungan menghasut menentang kerajaan pemerintah dan boleh menjurus rusuhan awam.

"Hukuman tersebut perlu mengambil kira isu kepentingan awam."

Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim membuat pendakwaan manakala bekas pemimpin Pemuda PAS itu diwakili oleh peguam Ariff Hazami Hussin.

Mohd Fakhrulrazi dikenakan tuduhan hasutan kerana ucapannya di perhimpunan #KitaLawan pada 21 Mac dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Fakhrulrazi tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS