Tiada larangan kitab Injil dalam bahasa Melayu, kata Abdullah
Terjemahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tiada larangan untuk menerbitkan kitab Injil dalam bahasa Melayu, tetapi ia mesti dicap dengan perkataan "Bukan untuk Orang Islam".
Terjemahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tiada larangan untuk menerbitkan kitab Injil dalam bahasa Melayu, tetapi ia mesti dicap dengan perkataan "Bukan untuk Orang Islam".
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai kenyataan seorang menteri di Parlimen minggu lalu bahawa kerajaan tidak membenarkan kitab Injil diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana ia mungkin dianggap sebagai usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam-Melayu.
"Tidak perlu ada sebarang kebimbangan. Saya telah bertemu dengan pemimpin semua gereja di pejabat saya sebelum ini, ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," kata Abdullah yang menjadi Perdana Menteri pada bulan Oktober 2003.
Dicap 'Bukan untuk Orang Islam'
"Saya kata kitab Injil anda adalah kitab Injil anda, saya tidak akan mengharamkan kitab Injil anda walaupun kitab Injil itu ditulis dalam bahasa Melayu," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Abdullah berkata, kitab Injil dalam bahasa Melayu mestilah dicap dengan perkataan "Bukan untuk Orang Islam" di kulit depannya dan hanya boleh diedarkan di gereja dan kedai yang menjual buku mengenai agama Kristian sahaja.
Kerajaan pernah mengharamkan kitab Injil yang dicetak dalam bahasa Iban pada tahun 2003 tetapi menarik balik arahan tersebut selepas mendapat bantahan dan menerima rayuan daripada Majlis Gereja Malaysia.
Kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam, manakala terdapat rakyat keturunan Cina dan India mengamalkan yang agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu.
- AFP
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.