Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selepas aduan setahun, MIA masih siasat juruaudit 1MDB

Institut Akauntan Malaysia (MIA) masih menyiasat juruaudit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia - lebih setahun berikutan aduan yang difailkan oleh seorang ahli parlimen DAP.

"Sebenarnya proses kami masih berterusan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MIA,  apabila ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

"Adalah lebih baik bagi saya tidak memberi sebarang komen kerana siasatan masih berterusan," katanya.

Ditanya bila siasatan itu dijangka siap, Nurmazilah menjawab: "Kami akan beritahu sebaik sahaja kami sudah bersedia untuk membuat kenyataan."

Beliau juga menawarkan jawapan sama apabila ditanya sama ada siasatan MIA itu akan berakhir pada tahun ini.

"Kami akan beritahu sebaik sahaja kami sudah bersedia," katanya.

Menurut laporan StarBiz pada 3 Jun tahun lalu, ketua pegawai eksekutif badan itu sebelum Nurmazilah, Ho Foong Moi berkata MIA akan menyiasat KPMG dan Deloitte, yang menandatangani akaun kontroversi 1MDB.

Ini susulan selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang adalah pengkritik lantang 1MDB, membuat dua aduan terhadap KPMG dan Deloitte kepada MIA pada Mac dan Mei 2015 lalu.

Beliau menuduh kedua-dua firma audit terkenal itu mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memeriksa akaun 1MDB.

Pua juga mempersoalkan tempoh masa yang diambil oleh MIA untuk menyiasat aduannya itu.

Selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil berhubung dakwaan penyelewengan dana berkaitan 1MDB, Deloitte Malaysia mengumumkan bahawa auditnya ke atas 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS