Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir kini setuju PM tak seharusnya jadi menteri kewangan
Diterbitkan:  Sep 23, 2016 12:45 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini setuju bahawa perdana menteri di negara ini tidak seharusnya juga memegang portfolio menteri kewangan.

Ini, katanya, adalah untuk mengelakkan berulangnya skandal kewangan seperti yang membabitkan 1MDB.

"Perdana menteri tidak sepatutnya menjadi menteri kewangan," menurut The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik Mahathir pada syarahan di London, Rabu lalu.

"Kita perlu meletakkan halangan darupada membenarkan perdana menteri menjadi menteri kewangan," katanya, sambil mengakui beliau sendiru juga pernah memegang jawatan menteri kewangan seketika semasa pemerintahan 22 tahunnya sebagai perdana menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio menteri kewangan sejak September 2008.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai lalu memfailkan satu siri tindakan undang-undang sivil untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana diselewengkan daripada 1MDB.

Najib menubuhkan firma pelaburan negara milik penuh kementerian kewangan itu pada tahun 2009.

Walaupun tuntutan mahkamah tidak menamakan Najib, dokumen mahkamah membuat banyak rujukan kepada individu yang dinamakan sebagai “Malaysian Official 1" yang kemudiannya disahkan sebagai Najib oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai siasatan.

Mahathir, sementara itu, berkata beliau menyokong tindakan DOJ serta siasatan di negara-negara lain seperti Switzerland yang sedag menyiasat urusan berkaitan 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS