Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi dakwa tak boleh bela diri berhubung tuduhan OSA

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa beliau tidak dapat membela dirinya bagi dua pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana dakwaan berkenaan merujuk kepada "halaman 98 laporan audit 1MDB" tetapi halaman lengkap tidak pernah dikemukakan di mahkamah.

"Tanpa (halaman lengkap) mukasurat 98 laporan audit 1MDB seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan, saya akan menjadi mangsa kerana tidak boleh merujuk kepada dokumen itu sepanjang pembelaan dalam perbicaraan ini.

"Saya tidak pernah memiliki halaman lengkap mukasurat 98 laporan audit 1MDB pada bila-bila masa seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap saya," kata Rafizi dalam keterangannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, beliau meminta agar dirinya dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Peguamnya, Gobind Singh Deo, berkata hanya sebahagian halaman 98 laporan audit itu yang pernah dikemukakan di mahkamah.

Hujahnya, beliau masih ingat, saksi pertama pendakwaan, Timbalan Pengarah, Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad, yang mengesahkan bahawa beberapa perenggan daripada halaman 98 sememangnya hilang daripada eksibit yang dihasilkan.

Hakim Zulqarnain Hassan kemudiannya menetapkan 14 November depan untuk keputusannya.

Rafizi sedang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 8 (1) (c) (iii) dan 8 (1) (c) (iv) Akta - satu pertuduhan kerana memiliki mukasurat 98 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran; dan satu lagi tuduhan kerana mendedahkan dokumen itu.

Beliau mendedahkan dokumen-dokumen itu dalam usaha untuk membongkar hubungan antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB. Malaysiakini tidak dapat melaporkan kandungannya kerana sekatan di bawah OSA.

Pemimpin PKR itu didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iii) akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 8 (1) (c) (iv) akta yang sama juga menyediakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS