Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Jorak dilantik setiausaha agung BERSATU
Diterbitkan:  Oct 6, 2016 4:28 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan pelantikan tiga pegawai tertinggi parti itu.

Ini termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor, dan bekas pemimpin Umno negeri Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh yang dilantik sebagai setiausaha agung.

Selain beliau, akauntan bertauliah lulusan Ireland yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, dilantik sebagai bendahari agung.

Bekas ADUN Semerak, Kelantan Kamarudin Md Nor pula dilantik sebagai ketua penerangan, menurut presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri, menjelaskan semua penjawat jawatan itu akan memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi, selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam PPBM (BERSATU) dan berdoa semoga para penjawat parti yang baru dilantik ini akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran dalam memastikan kelicinan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti,” katanya.

BERSATU ditubuhkan selepas Muhyiddin dan penyokongnya hilang kepercayaan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak susulan kemasukan wang berbilion ringgit dalam akaun peribadinya serta kontroversi sekitar 1MDB.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat untuk parti itu.

Lihat Komen
ADS