Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bajet dipotong tapi keadaan hospital, klinik terkawal

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam memberi jaminan isu pemotongan belanjawan untuk hospital dan klinik kerajaan masih terkawal buat masa ini.

Mengakui sebahagian daripada peruntukan kementerian itu dikecilkan Dr Subramaniam berkarta hampir semua hospital kerajaan memiliki jumlah bekalan mencukupi.

“Beberapa hospital - disebabkan bebanan yang tinggi - mungkin akan kehabisan bekalan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat di Shah Alam hari ini.

Dr Subramaniam memberikan penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan mengenai pemotongan belanjawan kepada kementerian kesihatan dan kesannya terhadap kemudahan ujian diagnostik dan bekalan di hospital kerajaan.

Beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Dr Dr Chen Chaw Ming supaya mengenal pasti hospital yang terjejas bagi membolehkan dana tambahan disalurkan.

"Justeru isu itu sepatutnya terkawal.

"Saya tidak fikir kita akan berdepan sebarang masalah bagi memastikan ada kesinambungan perkhidmatan di semua hospital dan klinik di bawah kementerian," katanya.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui pihaknya berdepan cabaran untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai disebabkan kekangan sumber.

Peruntukan kepada kementerian itu dilaporkan dipotong antara RM250 juta dan RM300 juta awal tahun ini.

Satu pekeliling dikatakan dikeluarkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor menyatakan pihak hospital itu terpaksa menggantung sementara perkhidmatan ujian darah di jabatan patologinya ekoran kekurangan dana membeli peralatan diperlukan.

Bagaimanapun Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Zailan Adnan berkata penangguhan sementara itu tidak melibatkan kes kecemasan atau keperluan perubatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS