Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cara orang marah berbeza, kata Maria kepada pembantu Rosmah

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, gerakan reformasi pilihan raya menghormati hak rakyat untuk menyatakan perbezaan pendapat.

Apabila marah, beliau berkata, orang menunjukkan kemarahan dengan cara yang berbeza.

"Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya.

"Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan.

"Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah," ujar Maria semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Maria berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Rizal Mansor yang merupakan pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang menuduhnya membisu apabila penunjuk perasaan BERSIH yang membuat acara sembahyang orang mati untuk Najib dan Rosmah.

Walaupun menyokong keputusan Maria membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya, Rizal bagaimanapun ditanya sama ada pengerusi BERSIH itu mengamalkan sikap pilih kasih.

Perbezaan pendapat bukan ancaman

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Sabri menegaskan luahan perbezaan pendapat semasa perhimpunan tidak pernah menjurus kepada keganasan fizikal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS