Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Wakil rakyat Tanjong Ng Wei Aik mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengaku sebagai isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Menulis di Facebook Jumaat lalu, anggota parlimen DAP itu mendakwa beliau bertanya “siapa isteri M01” ketika melalui Rosmah.

Beliau kemudian mendakwa Rosmah menjawab: “Ya, saya. Kamu ingat saya takut dengan kamu.”

Ketika dihubungi, Ng mendakwa perbualan itu berlaku di Dewan Rakyat, ketika pembangkang keluar dewan Jumaat lalu.

Rosmah duduk di kerusi pemerhati di belakang anggota parlimen pembangkang di parlimen ketika suaminya, yang juga menteri kewangan dan perdana menteri, membentangkan belanjawan.

Pembantu Rosmah, Rizal Mansor, dalam kenyataannya menyelar sikap pembangkang yang menurutnya lebih gemar “mengusik” isteri perdana menteri, berbanding memberi tumpuan terhadap perbahasan parlimen.

Pembangkang keluar dewan selepas mengangkat plakad “Siapa M01”.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), M01 menerima AS$731 wang yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan negara 1MDB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini berkata M01 merujuk kepada perdana menteri tetapi menegaskan beliau bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Sementara itu, seorang lagi anggota parlimen DAP Kasthuri Patto juga mendakwa beliau juga ada bercakap dengan Rosmah.

Anggota parlimen Batu Kawan itu berkata ketika wakil rakyat keluar dewan, isteri perdana menteri itu secara “menyindir” berkata: “Terima kasih kerana hadir.”

Kasthuri kemudian berkata beliau memberitahu Rosmah, pemerhati tidak dibenarkan bercakap kecuali dibenarkan oleh speaker.

“Jadi saya bersemuka dengan dia dan berita dia dalam Dewan, dia patut belajar peraturan (dewan), dan dia terkejut,” katanya kepada Malaysiakini.
 

'Kenapa usik Rosmah, pemerhati yang tak berbahas di parlimen?'

Lihat Komen
ADS