Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi BERSIH ditahan bawah Sosma
Diterbitkan:  Nov 19, 2016 2:33 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum itu, awal petang ini, satu mesej dari kumpulan peguam Lawyers for Liberty memaklumkan perkara sama.

SOSMA diperkenal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

Maria ditahan semalam selepas serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pejabat BERSIH di Petaling Jaya semalam.

Beliau ditahan bersama pegawai sekretariat BERSIH Mandeep Singh. Mandeep bagaimanapun ditahan berkaitan tuduhan merusuh.

Polis turut menyiasat BERSIH bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Siasatan itu dibuat selepas muncul kembali isu gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu menerima dana daripada Open Society Foundation, yang dikaitkan dengan hartawan George Soros.


Laporan langsung himpunan 19 Nov

Lihat Komen
ADS