MB dakwa Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim mengesahkan dakwaanbarisan Exco kerajaan negeri dihalang memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri serta tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Exco.
Katanya, dia dimaklumkan mengenai arahan berkenaan namun tidak mengetahui pihak yang mengeluarkannya dan setakat ini tiada arahan bertulis dikemukakan kepadanya.
"Saya dimaklumkan bahawa ada perintah larangan ataupun arahan yang melarang ahli-ahli Exco masuk ke pejabat masing-masing.
"Saya juga difahamkan bahawa bukan setakat tidak boleh memasuki pejabat Exco di Wisma Negeri tetapi tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai ahli Exco," katanya dalam sidang media di Seremban, hari ini.
/file/attachments/orphans/fasdasdasdsd_348943.png)
Menurutnya, keadaan itu perlu dinilai semula kerana boleh menjejaskan urusan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
Wisma Negeri berada di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri Zafir Ibrahim, yang digantung tugas oleh Ismail bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Muzalmah Mustapha Kamal.
Walau bagaimanapun, Zafir terus menjalankan tugasnya dengan menyatakan dia diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.
Dia juga memberitahu bahawa Peguam Negara Dusuki Mokhtar dan penasihat undang-undang lain memaklumkan bahawa penggantungan tugas yang dikenakan oleh Ismail ke atasnya adalah tidak sah.
Mengulas lanjut, Ismail turut menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan sepatutnya menjalankan tugas seperti biasa.
Dia berkata, mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) perlu diteruskan kerana ia melibatkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan rakyat termasuk peruntukan pembangunan dan bantuan.
"Kalau ini tersekat tanpa alasan yang munasabah dan tanpa perintah mahkamah dan sebagainya, ini merupakan satu penafian kepada hak rakyat," katanya.
/file/attachments/orphans/MenteriBesarNegeriSembilanDatukIsmailLasimChiefMinisterpc240926ddd_387426.png)
Dia berkata pihak berkuasa juga diminta mengkaji semula arahan berkenaan dan membenarkan exco memasuki pejabat serta menjalankan tugas seperti biasa.
Menurutnya, keadaan itu perlu dinilai semula kerana boleh menjejaskan urusan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
Ismail berkata, mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) perlu diteruskan kerana ia melibatkan pelbagai perkara berkaitan kepentingan rakyat termasuk peruntukan pembangunan dan bantuan.
"Kalau ini tersekat tanpa alasan yang munasabah dan tanpa perintah mahkamah dan sebagainya, ini merupakan satu penafian kepada hak rakyat," katanya.
Bagaimanapun, Ismail berkata dia sendiri setakat ini tidak berdepan halangan untuk memasuki pejabatnya.
Ketika ditanya mengenai status arahan itu, Ismail berkata setakat yang diketahuinya, tiada arahan daripada mahkamah atau polis berhubung perkara berkenaan.
"Tak ada peringkat mahkamah, tidak ada arahan polis dan sebagainya. Jadi saya menyebut sebagai pihak berkuasa sajalah, tak nak sebut siapa.
"Tak ada. Setakat ini tak ada secara bertulis," katanya.
Ismail berkata arahan itu tidak wajar sekiranya ia dibuat tanpa alasan munasabah atau arahan bertulis kerana boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan kepentingan rakyat.
"Saya menyerulah pihak berkuasa ini tanpa alasan ataupun sebab-sebab tertentu dan tanpa arahan bertulis dan sebagainya, saya minta sangat dikaji semula perkara ini.
"Benarkan exco masuk, benarkan mereka menjalankan tugas seperti biasa dan mesyuarat kerajaan negeri MMK mesti diteruskan," katanya.
Ismail pada masa sama menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.
Katanya, dia tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung pemberhentian mana-mana Exco kerajaan negeri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
"Dengan itu, sekali lagi saya nak tegaskan bahawa Exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan memutuskan tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ismail berkata perkara itu belum diputuskan.
Katanya, DUN perlu bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan dan persidangan terakhir berlangsung pada Ogos lalu.
"Sidang DUN ini belum saya putuskan kerana kita masih dalam tempoh enam bulan. Dewan Undangan ini mesti bersidang sekali dalam enam bulan," katanya.
/file/attachments/orphans/IsmailLasim2_490242.png)
