Ketua Pemuda PAS Terengganu letak jawatan
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Muhamad Hamdi Harun, meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda PAS negeri, Mohd Riduan Abu Bakar, yang turut mengumumkan barisan kepimpinan baru susulan peletakan jawatan berkenaan.
Menurutnya, pihaknya menerima peletakan jawatan Muhamad Hamdi dan melantik pemangku bagi mengisi kekosongan jawatan itu untuk sesi 2026–2027.
“Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tiada penjelasan diberikan berhubung sebab peletakan jawatan Muhamad Hamdi.
Muhamad Hamdi sebelum ini menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu bagi sesi 2025–2027 dalam mesyuarat agung tahunan Pemuda PAS negeri tahun lalu.
Dalam perkembangan sama, Mohd Riduan mengumumkan Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Abdul Manaff Ghani masing-masing dilantik sebagai pemangku timbalan ketua dan naib ketua Pemuda PAS Terengganu.
/file/attachments/orphans/Bekasketuapemudapasterengganumuhamadhamdiharun240926dddd_379751.png)
