Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasangan kasari penguat kuasa MBSA kena penjara 14 hari
Diterbitkan:  Nov 25, 2016 1:24 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Pasangan suami isteri dalam video viral yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari.

Portal Berita Harian Online melaporkan majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri berkenaan, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Sarulatha turut memerintahkan mereka membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam video 2 minit itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan kemudiannya tercetus.

Lelaki itu dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya manakala isterinya pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar.

Lihat Komen
ADS