Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Standard antarabangsa harus diguna pakai dalam isu pembiayaan asing, kata pelapor khas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Maina Kiai.

Mengulas isu itu, beliau membandingkan antara dana daripada putera Arab Saudi dan Open Society Foundations (OSF) yang diasaskan oleh hartawan George Soros.

“Kumpulan masyarakat sivil menerima dana asing untuk operasi mereka. Jadi kenapa jadi masalah apabila mereka terima dana asing dan bukan dana perniagaan atau kerajaan?

“Jika semua orang terima dana asing, kenapa pilih satu dan kalah salah dan yang lain OK pula,” kata Kiai dalam ucapannya di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.

“Apa yang kita tahu, ada individu pun dapat dana asing dari putera-putera tertentu.

“Kenapa ini OK dan bagi orang lain tidak OK? Persoalannya mesti ada standard yang sama,” kata pelapor berkaitan hak berhimpun secara aman dan berpersatuan itu.

Kiai berkata, tidak sepatutnya berlaku kes penyaluran dana OSF dianggap “lebih jahat atau lebih bahaya” dengan sumber lain.

“Macam mana dengan putera Arab Saudi beri wang? Mereka tidak bahaya? Mereka tidak pengaruhi orang lain? Ini soalan yang perlu ditanya,” tegasnya.

Wang RM2.6 bilion ringgit yang dimasukkan dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa berpunca daripada kerabat Saudi.

Pengkritik bagaimanapun mendakwa ia daripada 1MDB.

Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan namanya telah dibersihkan oleh Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, sejumlah AS$731 juta didakwa mengalir kepada Malaysian Official 1 (MO1).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 ialah Najib tetapi menegaskan beliau bukan sebahagian daripada siasatan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS