Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Krisis Rohingya - Suu Kyi salahkan media luar
Diterbitkan:  Dec 9, 2016 3:24 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Pemimpin kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi, semalam mengecam media asing kerana melaporkan berita palsu berkaitan konflik membabitkan tentera negara itu di negeri Rakhine.

Dalam satu kenyataan diterbitkan di akaun Facebooknya, pemenang Anugerah Keamanan Nobel itu menegur rangkaian berita CNN, BBC, Al Jazeera dan penyiar Singapura, Channel News Asia.

Dalam temubual eksklusif dengan Channel News Asia yang disiarkan pada hari sama, Suu Kyi menyatakan rasa kurang senangnya apabila komuniti antarabangsa "sentiasa memalu gendang membakar kebencian".

Media Britain Daily Mail turut dikecam kerana menyiarkan sekeping gambar didakwa memaparkan keadaan seorang bayi Muslim di Myanmar. Gambar itu kemudian didapati bayi Kemboja.

Myanmar kini berdepan kritikan hebat daripada komuniti antarabangsa kerana tenteranya didakwa melakukan pelanggaran hak asasi manusia ke atas etnik Rohingya di Rakhine, utara negara itu.

Jumaat lalu Kedutaan Myanmar di London mengeluarkan surat bantahan kepada BBC kerana menerbitkan kenyataan daripada seorang pegawai PBB di Bangladesh yang mendakwa Myanmar melakukan "perbersihan etnik".

Laporan itu, kata kedutaan terbabit, dibuat "berdasarkan kepada khabar angin, cakap dengar sebelah pihak yang jauh dari situasi sebenar".


- dpa

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS