Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM tahan KSU, rampas wang, jongkong emas
Diterbitkan:  Jan 4, 2017 4:07 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya, berhampiran Kuala Lumpur, hari ini kerana disyaki terlibat rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata KSU itu ditahan kira-kira 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut.

"KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

"Turut ditahan ialah seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Azam berkata, setakat ini, SPRM telah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai identiti KSU berkenaan.

Sebelum ini, portal The Star Online melaporkan ketua setiausaha yang bergelar 'datuk' itu disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 untuk mendapatkan rasuah.

Portal itu melaporkan siasatan awal mendapati suspek melantik terus kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan tertentu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS