Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Maaf, kami panjat 'Ipoh'
Diterbitkan:  Jan 4, 2017 6:12 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Sekumpulan remaja yang bertindak memanjat mercu tanda 'Ipoh', hari ini secara terbuka membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat di negara ini.

Norfarihan Baharudin, 23, berkata sebelum ini pihaknya tidak berkesempatan meminta maaf kerana tidak diberi peluang untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya sejak kami mula tahu (ia) viral kami nak mohon maaf kepada masyarakat tapi tak diberi peluang.

“Kamu pun faham apabila dikecam oleh masyarakat saya tak berpeluang beri keterangan, maksudnya saya pun takut nak beritahu.

“Jadi saya nak beritahu di sini saya dan rakan-rakan nak minta maaf. Memang kami tahu perbuatan ini salah,” katanya dalam video disiarkan di laman web China Press.

Difahamkan lapan individu itu hari ini membuat pertemuan dengan exco negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sebelum ini, kesemua lima lelaki dan tiga perempuan dalam kumpulan tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas menerima kecaman masyarakat gara-gara aksi berbahaya yang menjadi tular itu.

Remaja-remaja itu berumur antara 20 hingga 24 tahun.

Sementara itu, Norfarihan berkata beliau dan rakan-rakannya memang menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

Bagaimanapun tidak menjangka tindakan mereka itu akan menerima kecaman dari masyarakat.

“Kawan-kawan saya pun dah selalu naik gunung, bukit dan kita ada latar masing-masing. Jadi apabila kami naik itu, kami dah fikir keselamatan dan tak jangka perkara ini akan berlaku sebenarnya.

“Kalau pada pandangan saya, kami tak rancang (nak daki) tapi. (Apabila lihat mercu tanda) Secara fitrah kalau kita seorang pendaki bila kita lihat mercu tanda Ipoh, (akan terlintas) OK, kita naik sini. Sebenarnya tidak ada trak pun nak naik ke sana.

“Saya tak boleh salahkan sesiapa sebenarnya. Ini hasil dari kami berlapan sebenarnya,” katanya.

Lihat Komen
ADS