Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pelukis Najib bermuka ‘badut’ terlepas ke Taiwan
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 12:17 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Pelukis, Fahmi Reza, yang mencipta nama dengan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermuka ‘badut’ berjaya melepasi senarai hitam jabatan imigresen yang menyekatnya daripada ke luar negara.

Dalam satu siri posting di Facebook, artis itu berkata dirinya ‘tak henti-henti cuba lawan’ dan akhirnya berjaya serta kini dalam penerbangan ke Taiwan.

“Cerita pendek: Atas usaha aku tak henti-henti cuba lawan travel ban yang dikenakan ke atas aku dengan bermacam-macam cara sejak hari Khamis lalu, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.

“Sukses! Bye bye Najib, I'm flying to Taiwan!” katanya.

Fahmi berkata beliau akan mendedahkan cerita penuh bagaimana dirinya boleh terlepas daripada sekatan itu selepas sampai di Taipei.

Aktivis itu dijadualkan berucap berhubung ‘protes seni’ pada satu majlis anjuran Green Citizens' Action Alliance di Taiwan.

Khamis lalu, Fahmi mendakwa Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa beliau dihalang daripada ke luar negara sejak 31 Mac 2016.

Menurutnya, semakan dengan pegawai penyiasat kes berkenaan di Bukit Aman mendapati beliau disenarai hitam kerana kesnya kini di bawah siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi atas sebab sebuah posting Twitter yang didakwa mengaibkan Najib.

Fahmi pada mulanya didakwa berhubung karikatur Najib ‘bermuka badut’di Mahkamah Sesyen Ipoh pada pada 6 Jun lalu. Kesnya kemudiannya dipindahkan ke mahkamah siber Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 233 itu, Fahmi boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Beliau telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya pertuduhan terhadapnya dibatalkan atas alasan hak kebebasan bersuara, yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, telah dicabuli.

Lihat Komen
ADS