Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UFO dikesan di atas Komtar?
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 11:45 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Sebuah video yang dikatakan merakam pergerakan objek tidak dikenali (UFO) di ruang udara berdekatan bangunan Komtar di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan yang pertama kali dimuat naik Wang Soon You di Facebook menunjukkan dua objek berwarna putih terbang di atas bangunan itu.

"Kelihatan UFO di langit Pulau Pinang, adakah anda percayakan saya," kata Soon You di Facebooknya, selepas memuat naik video itu petang semalam.

Soon You turut memuat naik satu lagi video yang menunjukkan sekumpulan orang melihat ke udara sambil memberi reaksi terhadap objek berkenaan.

Bagaimanapun ramai pengguna media sosial tidak percaya objek berkenaan adalah UFO.

Seorang pengguna Facebook, Shirley Sharine berkata, ia kelihatan seperti pesawat tentera, manakala Sharlynn Charlsharlynn Lim memberitahu ia mungkin sebuah dron.

Jimmy Chng berkata, ia mungkin DJI Phantom 4 quadcopter, tetapi seorang lagi pengguna Facebook mempersoalkan sama ada dron boleh mempunyai saiz begitu besar.

"Bolehkah dron terlalu besar? Saya juga melihat benda yang sama," kata Lawrence Ooi seperti dilapor Mstar.

Lihat Komen
ADS