Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang tawar diri sertai siasatan skandal forex
Diterbitkan:  Feb 17, 2017 6:35 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam siasatan berhubung kerugian kontroversi pertukaran asing (forex) Bank Negara yang berlaku sekitar tahun 1990-an.

Bagaimanapun, Lim berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika siasatan juga dibuat ke atas skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang berkata Lim perlu menjadi orang pertama untuk menyokong pasukan petugas khas kerajaan yang bakal ditubuhkan bagi menyiasat skandal tukaran mata wang asing itu.

Ini, kerana, katanya, pemimpin DAP itu adalah begitu lantang di Dewan Rakyat dengan mengemukakan pelbagai usul termasuk mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan pada sekitar 1990-an.

"Biar saya jawab terus kepada kenyataan Azalina hari ini: Saya sedia berkhidmat dalam siasatan awam ke dalam skandal kerajaan mengenai BMF dan isu kerugian forex Bank Negara.

"Tetapi syarat rujukan mestilah keutamaan diberikan kepada skandal 1MDB yang telah menghantui rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun lalu dan nampaknya akan terus menghantui pada masa akan datang dengan Malaysia dikenali sebagai 'kleptokrasi global.

"Adakah Azalina bersedia ke meja mesyuarat kabinet pada Rabu akan datang dengan membawa dua cadangan - pertama, masukkan skandal 1MDB skandal dalam terma-terma rujukan siasatan awam; dan kedua, melantik saya sebagai seorang ahli siasatan awam?

"Keputusan di gelanggang Azalina dan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim sebelum ini menyelar kabinet kerana menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat perkara yang berlaku lebih dua dekad lalu tetapi melupakan skandal semasa 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS