Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Madinah Mohamad ketua audit negara baru
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 4:35 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Madinah Mohamad diumumkan sebagai ketua audit negara yang baru mulai Khamis, 23 Februari ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Rabu ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri telah memperkenankan pelantikan Madinah, berdasarkan Fasal (1), Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan.

Madinah, 60, memegang ijazah kedoktoran dalam bidang pengurusan sumber manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 September 2016.

Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ambrin atas khidmat bakti sepanjang memegang jawatan itu sejak 23 Februari 2006.

Ia khususnya, kata Ali, berkaitan usahanya menstrukturkan semula sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem pengurangan kewangan kerajaan.

Lihat Komen
ADS