Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CCTV papar paderi diculik dalam hanya beberapa saat

Rakaman CCTV yang tersebar menunjukkan penculikan paderi Raymond Koh berlaku dalam masa hanya beberapa saat.

Anaknya, Yonatan Koh mengesahkan video itu yang kini berlegar-legar dalam talian adalah sahih.

"Kita tidak tahu bagaimana ia telah bocor tetapi saya boleh mengesahkan bahawa ia (video) sebenar.

"Ia bukan palsu, tetapi telah diedit. Pemilik tidak memberi kebenaran untuk disebarkan di media sosial, jadi saya keliru bagaimana ia bocor," katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan video tersebut menggambarkan penculikan pada 13 Februari yang lalu di Petaling Jaya, Selangor.

Polis telah mendapat beberapa maklumat dan sedang berusaha untuk mencari suspek, katanya kepada Malaysiakini.

Khalid juga menggesa mereka yang mempunyai maklumat dan menyaksikan kejadian itu untuk tampil ke hadapan.

Video selama dua minit 52 saat itu yang dipercayai dari rakaman kamera pengawasan rumah memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih atau perak dihalang oleh tiga SUV hitam.

Menurut keluarganya, paderi memandu kereta berjenama Honda Accord berwarna perak tahun 1990 di Jalan SS4B/10 apabila diculik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS