Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga petrol, diesel mingguan diumum setiap Rabu - menteri
Diterbitkan:  Mar 22, 2017 6:02 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel akan diumumkan pada setiap hari Rabu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, harga runcit minggu pertama di bawah sistem baru akan diumumkan Rabu depan iaitu 29 Mac ini.

"Selepas perbincangan bersama dengan syarikat-syarikat minyak, kami bersetuju untuk mengumumkan harga mingguan bagi petrol dan diesel pada setiap hari Rabu dan harga (untuk minggu pertama di bawah sistem baru) akan berkuat kuasa 30 Mac ini," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh TV1.

Jelas Hamzah, mana-mana syarikat yang ingin menjual di bawah harga siling mingguan mesti mendapatkan kelulusan daripada kementeriannya.

"Pengedar petrol yang ingin mengadakan promosi dan memberikan diskaun pada harga yang ditetapkan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan KPDNKK terlebih dahulu.

"Semua syarikat-syarikat minyak dan pengedar petrol diingatkan supaya mematuhi harga baru. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual petrol atau diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS