Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam siasat kematian kanak-kanak 4 tahun di hospital
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 5:10 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang didakwa keluarganya akibat kecuaian pihak hospital.

"Melihatkan keadaan dalam kes dan mengambil kira keseriusan dakwaan itu, termasuk dakwaan pelanggaran hak untuk hidup, Suhakam akan menyiasat dakwaan keluarga mengenai kegagalan hospital untuk memastikan rawatan yang sesuai," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan hari ini.

Mendiang Laraniya Wilbert didakwa telah meninggal dunia sewaktu di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 20 Mac yang lalu walaupun hal itu dipertikaikan oleh keluarganya.

Keluarga mendiang kanak-kanak itu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan menyampaikan memorandum kepada Suhakam semalam bagi menggesa untuk meneliti perkara ini dan mendapat rakaman CCTV sewaktu kanak-kanak itu tiba di hospital.

Ibu mendiang, Prem Sri dilaporkan berkata, anaknya itu masih hidup ketika beliau meninggalkannya kepada kakitangan perubatan hospital berkenaan.

Presiden Organisasi Penggerak Sosial dan Minda Nambikkai Kebangsaan, Kalai Vanar yang turut hadir di pejabat Suhakam semalam, turut dilaporkan mempersoalkan tindakan pihak hospital memberikan kanak-kanak itu yang nebuliser untuk membantunya bernafas.

"Jika kanak-kanak itu sedang nazak atau jika wujud syak bahawa kanak-kanak itu sudah meninggal, prosedur perubatan biasa adalah untuk menjalankan CPR (pernafasan kardiopulmonari)," katanya.

Kalai juga berkata, adalah tidak masuk akal hospital itu kononnya mengambil darah dari kaki kanak-kanak itu untuk ujian darah.

"Apakah anda cuba untuk ambil darah daripada seseorang yang telah meninggal dunia," tanya beliau.

Hospital berkenaan, sebelum ini, mengeluarkan kenyataan kanak-kanak itu telah meninggal dunia setibanya di hospital.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS