Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Syed Saddiq: Saya tahu cikgu diugut
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 2:12 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa seorang pengasasnya menjadi mangsa “ugutan”, menyebabkan beliau keluar parti hari ini.

“Saya tahu sebelum ini cikgu telah pun diugut..,” kata Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman dalam kenyataannya sebentar tadi.

Beliau juga mendakwa isteri Kamarul Azman Habibur Rahman turut menerima nasib sama, tanpa memperincikan dakwaan itu.

Kamarul Azman dalam sidang media hari ini mengumumkan melepaskan keanggotaan dan semua jawatannya dalam parti.

Diminta menjelaskan dakwaan itu, Syed Saddiq memberitahu Malaysiakini bahawa Kamarul Azman sendiri memberitahu BERSATU bahawa beliau tidak lagi dibenarkan mengajar dan dipindahkan ke tempat lain.

“Isterinya yang sedang menghabiskan pengajian di luar negara juga diugut,” dakwa Syed Saddiq.

Diminta mengesahkan perkara itu oleh Malaysiakini, Kamarul Azman bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Tak benar. Tiada kaitan.

“Kementerian tak pernah ugut saya atau isteri,” katanya ketika ditanya Malaysiakini berkaitan dakwaan itu.

Kamarul Azman juga berkata teguran yang dilontarkannya hari ini adalah “realiti yang mesti diakui” oleh pemimpin BERSATU.

Beliau antaranya mendakwa amalan kronisme dan 'kasta' telah meresap dalam parti pimpinan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

 

Kamarul Azman: Saya dan isteri tak diugut

Lihat Komen
ADS