Kamarul Azman: Saya dan isteri tak diugut

   

Bekas pemimpin kanan Parti Pribumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarul Azman Habibur Rahman menafikan beliau dan isteri diugut sehingga mendorongnya keluar parti hari ini.

“Tak benar. Tiada kaitan.

"Kementerian tak pernah ugut saya atau isteri,” katanya ketika ditanya Malaysiakini berkaitan dakwaan itu.

Kamarul Azman juga berkata teguran yang dilontarkannya hari ini adalah “realiti yang mesti diakui” oleh pemimpin BERSATU.

Kamarul Azman dalam sidang media hari ini mengumumkan melepaskan keanggotaan dan semua jawatannya dalam parti.

Beliau antaranya memberi alasan berlaku amalan kronisme dan 'kasta' dalam parti pimpinan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman bagaimanapun mendakwa Kamarul Azman, yang dirujuknya sebagai "cikgu", menjadi mangsa ugutan.
 

Syed Saddiq: Saya tahu cikgu diugut

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In