Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Walaupun kerjasama politik PAS-PKR secara rasminya terbatal, PAS tetap kekal dalam kerajaan Selangor demi “maslahah” atau kebaikan rakyat, kata Sallehen Mukhyi.

"Kita bersetuju dan akan ikut keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama bahawa tidak akan ada lagi pakatan politik atau tahaluf siyasi dengan antara PAS Selangor dan PKR.

"Kalau (di peringkat) kerajaan negeri, PAS akan terus berada dalam kerajaan Selangor sebab kerajaan itu bertujuan untuk menjaga maslahah rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan yang ada sekarang ini, yang dibina melalui mandat rakyat dalam pilihan raya yang lalu antara PAS, PKR dan DAP bersetuju untuk berada dalam kerajaan," kata pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik itu.

Majlis Syura Ulama PAS petang ini melaksanakan keputusan muktamarnya awal bulan ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Keputusan itu dibuat atas alasan berlaku begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kini berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini Sallehen menjelaskan tidak lagi perbincangan politik dengan PKR akan dibuat, seperti berkaitan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum.

"Perbincangan berlaku dalam kerajaan sahaja.

“Ia akan berakhir apabila DUN dibubarkan kecuali menteri besar tak mahu, dia boleh bawa kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya.

Lihat Komen
ADS