Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lelaki gemparkan pesawat MAS ada masalah mental
Diterbitkan:  Jun 1, 2017 1:00 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Rakyat Sri Lanka yang mencetuskan kegemparan dalam pesawat Malaysia Airlines MH128 semalam baru dibebaskan daripada jagaan psikiatri ketika menaiki penerbangan, kata polis Australia.

“Dia dibebaskan daripada jagaan psikiatri (pada Rabu), dan kami percaya dia kemudian beli tiket untuk pesawat ini...

“Dan (dia) keluar ke lapangan terbang dan menaiki pesawat,” kata ketua Victoria, Austraia, Graham Ashton kepada pemberita.

MH128 malam tadi terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Melbourne selepas seorang penumpangnya dilapor cuba memasuki kokpit.

Pesawat ke Kuala Lumpur itu kemudian berpatah balik dan mendarat dengan selamat selepas di udara kira-kira 30 minit.

Suspek itu dikatakan ditahan penumpang-penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu sebelum diserahkan kepada polis ketika mendarat.

Sementara itu, suspek yang tidak dinamakan itu tinggal di pinggir Melbourne dan sedang menuntut dalam bidang masakan.

'Bom' yang diugut untuk diletupkan itu pula sebenarnya speaker dengan sambungan bluetooth.

Insiden itu tidak lagi dianggap mempunyai kaitan dengan keganasan tetapi “kes melibatkan isu mental”.

Lelaki itu kini berdepan dakwaan membuat ancaman dan dakwaan palsu serta membahayakan keselamatan penumpang pesawat – yang boleh didenda penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

- Straits Times, AFP, Reuaters

Lihat Komen
ADS