Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Jangan mimpi mahu tukar status tanah di Pulau Jerejak’
Diterbitkan:  Jun 5, 2017 4:34 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Sebidang tanah swasta di Pulau Jerejak, Pulau Pinang, yang sedang dijual, adalah hanya untuk pembinaan limbungan kapal, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Merujuk kepada iklan yang disiarkan dalam akhbar harian bahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, Lim menegaskan bahawa cadangan penjualan tanah itu "tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri".

Pemilikan tanah 26.5 ekar telah diberikan kepada Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd oleh kerajaan BN sebelum ini, dan masih berbaki pajakan 25 tahun (daripada 99 tahun), katanya.

Menurut Lim, walaupun iklan itu menyatakan bahawa tanah itu "mempunyai nilai pembangunan yang tinggi", kerajaan Pulau Pinang hanya akan meluluskan untuk tujuan pembinaan limbungan kapal.

"Jangan mimpi (mahu) menukarkan tanah ini untuk tujuan komersial atau rekreasi.

"Ini amaran kepada mereka yang ingin membeli tanah itu, bahawa kami tidak akan meluluskannya bagi sebarang maksud selain bagi pembinaan limbungan kapal," kata Lim pada sidang media hari ini.

"Kami tidak akan melayan permintaan untuk menukar tanah itu untuk tujuan komersial atau rekreasi."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS