Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Airasia X siasat punca insiden pesawat penerbangan D7 237
Diterbitkan:  Jun 26, 2017 7:58 PM
Dikemaskini: Jun 27, 2017 1:02 AM

Airasia X sedang menyiasat punca insiden membabitkan penerbangan D7 237 dari Perth ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Perth 90 minit selepas berlepas disebabkan isu teknikal di bahagian enjin.

“Kami sedang menyiasat insiden itu bersama pengeluar engin, Rolls-Royce. Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

“Kami menegaskan bahawa Kumpulan Airasia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar. Kami juga mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara tempat syarikat penerbangan beroperasi, termasuk Australia.

“Keselamatan penumpang dan krew sangat penting kepada kami,” kata Airasia X dalam satu kenyataan hari ini.

Di Australia, Kumpulan Airasia lulus semua audit keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan tempatan.

Ia juga memulakan proses pengauditan sukarela Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) bagi syarikat penerbangan dalam kumpualn itu termasuk Airasia X Malaysia, Airasia X Indonesia dan Airasia Indonesia.

Airasia X Malaysia menerima dua sijil audit IOSA, masing-masing pada 2015 dan 2016.

- Bernama

Lihat Komen
ADS