Terjemahan PSC Naval Dockyard memohon RM1.8 bilion lagi daripada kerajaan untuk meneruskan kontrak pembina 27 kapal peronda (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam tempoh 10 tahun, bersama rakan-rakan asingnya yang diketuai oleh Thysseen Krupp dari Jerman.

PSC menandatangani kontrak yang bernilai RM24 bilion itu pada tahun 1988.

Enam buah OPV sepatutnya disiapkan bagi penghantaran pertama. Dua OPV pertama yang dijadualkan diserahkan tahun lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana timbul perbagai masalah teknikal ketika dilakukan ujian di laut.

Akhbar The Edge melaporkan semalam, sebagai tambahan kepada RM120 juta yang dipohon untuk menyiapkan fasa pertama pembinaan kapal ronda tersebut, sebanyak RM1.8 billion lagi diperlukan sekarang untuk menyiapkan pembinaan fasa ketiga dan keempat.

"Daripada enam kapal peronda tersebut, dua daripadanya siap 9 peratus, dua lagi siap 40 peratus, manakala lapan peratus daripada fasa kelima dan keenam sudah disiapkan," katanya, memetik seorang pemerhati syarikat.

Menurutnya, pada umumnya PSCI (syarikat induk) akan menyiapkan fasa ketiga dan keempat dengan jumlah yang dipohon tersebut, tetapi tambahnya, tidak jelas sama ada jumlah itu cukup untuk menyiapkan fasa kelima dan keenam.

"Projek ini mungkin perlu diperkecilkan," katanya.

Pertukaran lembaga pengarah

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk menyelesaikan kontrak kontroversi tersebut selepas Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membuat perakuan supaya kerajaan campurtangan untuk menyelamatkan projek tersebut.

Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kegagalan menyiapkan projek tersebut berpunca daripada kelemahan pengurusan dan sifat tamak dan berkata PSC Naval Dockyard telah "menggagalkan" kerajaan.

Minggu lalu, pertukaran berlaku dalam lembaga pengarah PSCI di mana Tan Sri Amin Shah Omar melepaskan jawatan pengerusi eksekutif yang dipegangnya sejak 12 tahun lalu dan kini menjadi pengerusi bukan eksekutif.

Boustead Holding pemegang saham terebut dalam PSCI yang 70 peratus milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, turut melantik dua wakilnya bekas panglima tentera laut dan seorang layar menganggotai lembaga pengarah.

Pihak pembangkang telah menggesa supaya siasatan dijalankan berhubung isu tersebut dan mendakwa kerajaan telahpun melabur RM2.5 bilion dalam projek berkenaan dan ia boleh menjadi satu 'skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia'.

- AFP