Dasar BI: Pelajar saman Kementerian Pelajaran
Empat pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.
Empat pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.
Mohammad Shawwaal Mohd Nizar,14; Mohammad Fadzir Rosni, 15; Nor Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Ariff kedua-duanya berusia 16 tahun mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Mohammad Syawwaal mengemukakan saman melalui bapanya Mohammad Nizar Jamaluddin; Mohammad Fadzil melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar; Nur Najihah Muhaiminmelalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.
Mereka mengemukakan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah
Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa
dan Associates
Saman itu yang turut disertakan dengan afidavit daripada Mohammad Nizar, yang mewakili bapa semua pelajar berkenaan, juga memohon deklarasi bahawa responden tidak mempunyai kuasa dan budibicara untuk memperkenalkan,
menguatkuasakan dan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang terkandung dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas bertarikh 27 November 2002.
Bahasa pengantar
Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh,
Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz,
Sungai Siput, Perak; Mohamed Rosni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit
Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Keempat-empat pelajar itu, yang tidak hadir di mahkamah, juga memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Hanya dua orang bapa iaitu Mohammad Nizar dan Yahya Ariff yang hadir hari ini mewakili empat pelajar itu.
Bercakap kepada wartawan, Peguam Mohamad Hanipa Maidin berkata, saman itu dibuat kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan Tahun 1956, Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di negara ini," katanya.
Afidavit yang dikemukakan, menyebut, pada 27 November 2002 Kementerian Pelajaran dalam pekelilingnya mengatakan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains mula sesi persekolahan tahun 2003.
Tambahnya, pekeliling itu dibahagikan kepada dua iaitu untuk sekolah rendah, menengah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dan satu lagi khusus untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
Pilihan terakhir
Menurutnya, wujud diskriminasi dalam arahan ini kerana murid sekolah rendah, menengah kebangsaan dan SRJKT diajar mata pelajaran Matematik dan Sains hanya dalam Bahasa Inggeris sedangkan untuk SRJKC, ia diajar dalam dua bahasa Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Pusat Idris Ahmad yang hadir sama di majlis berkenaan berkata, proses undang-undang merupakan pilihan terakhir yang dilakukan oleh pihaknya.
"Setelah tiga tahun dasar itu dijalankan, ia semakin menimbulkan kecelaruan dalam dasar pendidikan negara terutama kepada murid di kawasan luar bandar.
"Pada mulanya, kami mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengubah semula dasar pengajaran kepada asal tetapi beliau juga tidak melakukannya," katanya.
Idris berkata, kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kira-kira 50 peratus murid tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Tujuan saman
Katanya, selain itu Kongres Kepentingan Bangsa dan badan pendidikan Cina, Dong Jiong Zong (DJZ) turut membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah.
Sementara itu, bapa Mohd Syawal iaitu Mohd Nizal Jamaluddin berkata, anaknya mengambil tindakan tersebut untuk kepentingan murid Melayu pada masa depan.
"Kesan yang paling besar ialah kepada murid dari kawasan luar bandar kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris yang mencukupi seperti rakan mereka di bandar," katanya.
Beliau berkata, mungkin pada masa ini kesannya belum dapat dilihat tetapi dalam masa beberapa tahun lagi ia dapat dirasai dengan begitu ketara.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.