Rombakan Kabinet: ZAM pohon maaf RTM gagal buat siaran langsung
Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin memohon maaf atas kegagalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya Selasa lalu.
Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin memohon maaf atas kegagalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya Selasa lalu.
"Saya sedar kegagalan ini telah menjadi satu topik perbualan dan pertanyaan di kalangan anggota Kabinet serta orang ramai kerana semua orang telah memberikan tumpuan kepada RTM untuk melihat siaran langsung tersebut kerana status RTM sebagai stesen rasmi kerajaan," katanya.
Zainuddin berkata beliau turut menerima banyak panggilan yang mengatakan bahawa penonton menunggu siaran langsung dari RTM, antara yang membuat panggilan kepadanya termasuklah mereka yang tidak pernah menonton RTM sebelum ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara.
"Saya sendiri juga menjadi antara ribuan masyarakat Malaysia yang tidak dapat melihat pengumuman tersebut melalui RTM," katanya.
Menurut Bernama, Zainuddin berkata beliau telah memberi sepenuh tumpuan kepada RTM tetapi akhirnya kecewa dan terpaksa beralih kepada TV3 hanya kerana RTM gagal memenuhi janji dalam motonya `First On the Scene, First On The Screen'.
"Saya amat menyedari kekecewaan rakyat terhadap kegagalan RTM itu, yang merupakan satu pengumuman yang amat penting dan telah ditunggu-tunggu oleh orang ramai sejak sekian lama.
Kegagalan manusia
"Apa yang lebih mengecewakan saya ialah perkara itu berlaku bukanlah disebabkan oleh masalah teknikal tetapi sebaliknya adalah disebabkan oleh kegagalan manusia," katanya.
Zainuddin berkata selepas ini beliau memikul satu tanggungjawab yang berat sebagai Menteri Penerangan dalam memastikan RTM dapat memenuhi motonya sendiri.
"Itulah imej RTM yang perlu difahami oleh semua pihak yang bertanggungjawab dan ini bukan tanggungjawab hanya saya seorang, tapi semua warga RTM dan semua pihak yang membantu saya," katanya.
"Sepatutnya semasa pengumuman rombakan Kabinet ini, saya seharusnya dalam keadaan tenang dan penuh kesyukuran...sebaliknya pada masa itu saya berada di dalam keadaan marah, kecewa dan malu," tambahnya.
Beliau berjanji bahawa kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Pada istiadat hari ini, empat menteri termasuk Zainuddin dan enam timbalan menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.