Kaji pokok Kucing Galak tambah ‘oomph’ lelaki
Feb 18, 06 6:28pm
Sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, kini sedang dikajiselidik di Perlis untuk memberi lebih “oomph” kepada orang lelaki.

Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galak selamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.

Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.

“Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya,” katanya dalam akhbar The Star hari ini.

“Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.

Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.

Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.

“Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia,” katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.

SMS News Alerts
Maxis users
- Type "BUY MKINI" and send to "26000" (RM 5.00 per month)
- Type "BUY WMKINI" and send to "26000" (RM 1.50 per week)
Umobile users
- Type "ON NW MKINIENG" and send to "28118" (RM 5.00 per month)
Digi users
- Type "ON MKINI" and send to "2000" (RM 5.00 per month)
Share your views

Got a short comment or two on our reports/articles? Send it over to Vox Populi, a free forum for readers to air their views on Malaysiakini’s news reports, columns, opinions, letters and analyses. Please keep your comments brief and provide a pseudonym if you so wish. Vox Populi differs from Letters to the Editor in that it caters specifically for brief, to the point comments. Do please indicate which report/article you are referring to. Send your Vox Populi comments to: editor@malaysiakini.com

For Maxis, UMobile, Digi users, get sms newsalerts
Download Mobilekini to get the full story on your phone
Subscribe to Daily news digest
Email:
Join 2800+ friends at the Malaysiakini Group Facebook
Follow Malaysiakini's newsfeed on Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM15/day )

Advertise here ( RM15/day )

Diy Day Banner