Dr M jawab: Saya tidak akan tinggalkan Umno
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bercadang untuk keluar dari Umno walaupun beliau percaya ada usaha untuk memecatnya daripada parti tersebut.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bercadang untuk keluar dari Umno walaupun beliau percaya ada usaha untuk memecatnya daripada parti tersebut.
Katanya, beliau menyedari wujud usaha untuk memburuk-burukkannya agar beliau dibenci oleh Umno.
Dr Mahathir berkata, mereka tidak boleh berbuat demikian sekarang tetapi ketika itu, mereka akan mengambil tindakan untuk memecatnya dari Umno.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur pagi ini, Dr Mahathir berkata, usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui akhbar-akhbar yang menunjukkkan gambar beliau bersama pemimpin PAS.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengkritik Dr Mahathir dan menggesa bekas Perdana Menteri itu supaya meninggalkan Umno kerana didakwanya telah 'berkongsi satu platform' dengan pemimpim pembangkang dalam satu ceramah umum Sabtu lalu.
Bekas presiden Umno itu menyifatkan Nazri sebagai seorang 'hulubalang' yang sedang mempertahankan pentadbiran sekarang, sambil menambah beliau tidak peduli dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir menegaskan bahawa Umno bukan milik Nazri tetapi milik semua orang Melayu dan oleh itu, Nazri tidak ada hak untuk menggesa orang itu dan ini keluar daripada parti itu.
"Saya menjadi ahli Umno sebelum dia dilahirkan lagi," tegas Dr Mahathir.
Lagi pula, tambahnya, beliau tidak melanggarkan perlembagaan Umno apabila mengkritik para pemimpin parti.
'Kami bukan berperang'
Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama beberapa pemimpin utama PAS, yang disiarkan secara meluas oleh akhbar-akhbar harian hari ini, bekas Presiden Umno itu mengulangi bahawa beliau tiada kaitan dengan pihak pembangkang.
Dr Mahathir menafikan dakwaan yang berkongsi platform dengan orang PAS sambil menambah "jika mereka hendak datang, saya tidak boleh berkata jangan".
"Saya memberi ceramah kepada NGO (badan bukan kerajaan) dan mereka datang. Ia bukan dianjurkan oleh saya. Saya pergi ke situ dan mereka berada di sana...," katanya.
Dalam ceramahnya anjuran ahli Umno Datuk Ibrahim Ali bagi pihak beberapa NGO dan Malaysia Today Dr Mahathir meneruskan kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin yang dianggap berpengaruh dan mempunyai cita-cita tinggi dalam karier politiknya.
Dr Mahathir juga menolak dakwaan yang beliau 'sedang berperang' dengan kerajaan sekarang, sepertimana yang didakwa oleh Nazri semalam.
Sebaliknya, kata beliau, mengkritik kerajaan bukannya 'berperang' tetapi tegasnya ada pihak yang cuba menggambarkan seolah-olah 'Dr Mahathir sedang berperang dengan Umno'.
Beliau bertanya, apakah Perdana Menteri tidak boleh dikritik langsung sambil menambah, sewaktu memegang jawatan tersebut, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kritikan.
Kerajaan bodoh?
Dr Mahathir mendakwa, kini kurang 'keterbukaan' kepada pandangan yang tidak sehaluan dengan kerajaan dalam pentadbiran Abdullah.
Sehubungan itu, katanya, jika diteliti laporan akhbar-akhbar, ia menunjukkan seolah-olah tiada siapa pun yang bersetuju dengannya dan "setiap orang marah pada saya, tetapi ramai juga yang tidak marah pada saya".
Katanya, mereka bercakap mengenai keterbukaan tetapi menurut bekas Perdana Menter, ianya adalah pembohongan semata-mata.
Keterbukaan yang ada, tambah beliau, hanya untuk mengkritik sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan.
Dr Mahathir 'menyemarakkan" lagi perang mulut apabila menyifatkan pemimpin kerajaan sebagai "bodoh" kerana membenarkan syarikat pembuat kereta nasional, Proton, menjual MV Agusta untuk 1 euro (RM4.5).
Katanya, tindakan menjual Agusta dan kerugian RM500 kerana "anda 'bodoh' dan tidak tahu mengenai teknologi, dan anda kata ianya tidak berguna." Terjemahan
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.