Mohd Sidek Ketua Setiausaha Negara baru
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa and Industri Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 3 September ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa and Industri Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 3 September ini.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Samsudin Osman, yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 September.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Mohd Sidek, 55, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951, Mohd Sidek berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.
Menurut laporan Bernama, beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Mohd Sidek mempunyai pengalaman kerja yang amat luas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan semasa berkhidmat di kementerian itu, beliau antara lainnya pernah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pembangunan Perindustrian, Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Menteri Penasihat Hal-Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala, ketika dalam kementerian yang sama.
Mohd Sidek dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) kementerian itu pada 19 Januari 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha kementerian sama pada 24 Oktober 2004.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.