Mukhriz: Saya kesal, tidak berniat singgung perasaan PM
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir ini ini menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan Perdana Menteri mengenai kenyataannya berhubung ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung Umno minggu lalu.
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir ini ini menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan Perdana Menteri mengenai kenyataannya berhubung ucapan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung Umno minggu lalu.
Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, Mukhriz yang juga Exco kanan dan pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu berkata:
"Saya menerima baik teguran Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Umno Malaysia terhadap saya tempoh hari.
"Saya berasa kesal dan ingin menyatakan bahawa saya tdiak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, terutama sekali Yang Amat Berhormat Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenyataan saya terhadap ucapan dasar beliau seperti yang telah dilaporkan oleh sesetengah media."
Anak bekas Perdana Menteri itu menjadi sasaran kritikan para pemimpin Umno sejak Khamis lalu apabila beliau menyatakan beliau "sedikit kecewa kerana tiada apa yang baru" dalam ucapan dasar Presiden Umno ketika merasmikan perhimpunan parti itu minggu lalu.
Hormati presiden
Para pemimpin Umno seperti, Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyifatkan komen Mukhriz itu sebgai tidak wajar dan tidak menghormati Presiden parti.
Mereka mahu Mukhriz memohon maaf kepada Abdullah kerana tindakannya dianggap memperlekehkan Presiden parti.
Hishamuddin dan barisan exco Pemuda pula telah mengadakan mesyuara tergempar Khamis lalu bagi membincangkan tindak tanduk Mukhriz itu dan memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin ke atas anak Dr Mahathir Mohamad itu.
Semalam, seorang pembantu Mukhriz berkata Exco pemuda itu akan mengadakan pertemuan dengan Hishammuddin Hussein bagi menjelaskan pendiriannya berhubung komennya itu.
Katanya, temujanji dengan Hishamuddin sedang diatur, kemungkinan besar dalam dua tiga ini selepas Menteri Pelajaran itu kembali dari bercuti.
"Hishammuddin sedang bercuti, kami difahamkan beliau akan kembali bertugas pada Rabu ini. Beliau mahukan penjelasan dari Datuk (Mukhriz), dan Datuk tak ada masalah untuk menjawab segala kemusykilan itu," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz itu berkata: "Oh dia menyesal. Tak apalah. Biar apa dia nak cakap. Ikut suka dialah."
Menurut laporan Bernama, sebelum itu, Abdullah merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Eko-pelancongan Malaysia (MAHA) 2006 di Serdang hari ini.
Rombakan kabinet
Perdana Menteri juga enggan enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau merombak kabinetnya berikutan pelantikan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai senator minggu lalu.
"Boleh beritahu saya bilakah tarikh terbaik?" kata Perdana Menteri kepada pemberita secara bergurau.
Mengenai pelantikan Muhammad, beliau berkata bekas Menteri Besar Selangor itu memang layak menjadi senator.
Selain pelantikan Muhammad, spekulasi mengenai rombakan kabinet timbul kerana tempoh pelantikan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai senator yang dijangka berakhir Januari tahun depan.
Mengikut peraturan, seseorang senator boleh dilantik semula untuk tempoh tiga tahun, tetapi tidak boleh disambung setelah berkhidmat selama dua penggal.
Nor Mohamed dilantik dalam kabinet Abdullah pada 9 Jan 2004. Ini merupakan tempoh pertama beliau sebagai senator.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.