Soros bukan punca krisis kewangan Asia, kata Dr M
Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jutawan Amerika itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.
Bercakap dalam sidang akhbar bersama, Dr Mahathir berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika itu adalah akibat spekulasi yang dibuat oleh peniaga matawang lain.
Manakala Soros pula berkata, Dr Mahathir mengambil tindakan yang betul dengan memperkenalkan tambatan matawang ringgit, yang telah membantu menstabilkan keadaan.
Kedua-duanya juga bersetuju yang mereka mempunyai banyak persamaan pandangan berhubung isu-isu antarabangsa.
Promosi buku
Soros juga berkata, beliau telahpun berhenti membuat spekulasi "sejak bertahun-tahun yang lalu".
Soros, kelahiran Hungari itu, sedang berada di ibu negara sebagai sebahagian daripada lawatannya ke rantau ini untuk mempromosi buku terbarunya, 'The Age of Fallibility'.
Beliau juga akan berucap di majlis anjuran Alumni London School of Economics Malaysia, malam ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu pernah menggelar Soros sebagai seorang 'moron' dan menuduh beliau sebagai punca krisis ekonomi di Asia Tenggara, melalui spekulasi matawang mereka.
Soros, 76, pula menyifatkan Dr Mahathir sebagai "perosak negara' dan kemudian menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran tindakannya memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Klip video
sidang akhbar bersama Dr Mahathir dan Soros

