Kematian pelatih PLKN: J/kuasa Parlimen digesa campurtangan
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara digesa supaya mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan sri Lee Lam Thye sendiri ekoran kematian 10 pelatih PLKN sehingga ini.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara digesa supaya mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan sri Lee Lam Thye sendiri ekoran kematian 10 pelatih PLKN sehingga ini.
Ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan membuat gesaan itu dalam suratnya kepada
jawatankuasa berkenaan Sabtu lalu.
Beliau yang juga anggota jawatankuasa tersebut meminta agar cadanganya itu dibincangkan dalam mesyuarat akan datang yang dijadualkan Rabu hingga Jumaat ini di Port Dickson, Negri Sembilan.
"Selama ini, seorang wakil Jabatan Latihan Khidmat Negara turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa tersebut. Tetapi ini tidak mencukupi. Kita mahu Tan Sri Lee sendiri yang hadir kerana (keselamatan pelatih) adalah perkara yang serius," katanya ketika dihubungi.
"Pandangan bernas beliau akan dapat membantu jawatankuasa tersebut menganalisa dan menyemak semula Akta Latihan Khidmat Negara 2003, kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita," katanya.
Pindaan akta
Sambil meminta jawatankuasa tersebut menerima cadangannya itu, Fong berkata, ia juga akan memboleh pandangan Lee diambilkira memandangkan beliau telahpun menyatakannya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Dalam suratnya itu, Fong turut menegaskan bahawa Seksyen 6 dan 12 akta berkenaan memberi kuasa kepada Majlis Latihan Khidmat Negara menyelia pelaksanaan program tersebut.
Majlis itu juga dikehendaki memberi nasihat kepada menteri bila diperlukan, dan dalam kes ini, kepada Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili yang mempengerusikan jawatan pilihan khas itu.
Jawatankuasa tersebut kini dalam peringkat akhir menyiapkan laporan hasil siasatannya, yang kemudiannya akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.
Sebelum ini pelatih Prema Elenchelian dan Lliameera Azlan meninggal dunia sewaktu menjalani latihan di kem khidmat negara. Manakala Asila Latin Husna Abdul Basir pula tercedera di bahagian belakangnya sewaktu menjalani latihan termasuk melakukan tekan tubi. Berita asal
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.