Blogger bersatu hadapi 'serangan'
Fauwaz Abdul Aziz
Apr 6, 07
3:18pm

Percubaan untuk mencemuh dan memujuk mereka supaya tidak terlalu kritikal terhadap pihak berkuasa atau meninggalkan terus dunia blog, nampaknya menemui kegagalan.

Sebaliknya kini, mereka telah berganding bahu untuk berdepan dengan 'serangan' pihak berkuasa, dengan menubuhkan persatuan – Pakatan Blogger Kebangsaan.

Mereka juga belum lagi memaafkan Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Mansor yang mendakwa sebahagian blogger adalah wanita yang tidak mempunyai kerja lain untuk mengisi masa lapang mereka.

"Kami harus berterima kasih kepada Tengku Adnan...kerananyalah kita berkumpul hari ini," kata blogger Susan Loone di perhimpunan kira-kira 60 blogger di Kelab Akhbar di Kuala Lumpur malam tadi.

Mereka juga turut membincangkan cadangan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor untuk mewajibkan semua blogger mendaftar.

"Cadangan Shaziman itu merupakan contoh terbaru mengapa blogger kini beroperasi di bawah suasana yang hari demi hari ‘semakin panas’," kata Ahirudin Attan, yang mengendalikan blog popular 'Rocky's Bru'.

Ahirudin dan rakan bloggernya, Jeff Ooi, yang mengendalikan blog 'Screenshots', telah disaman oleh akhbar New Straits Times dan empat pegawai kanannya kerana didakwa menyiarkan artikel dalam blog mereka yang didakwa berunsur fitnah.

Tubuh jawatankuasa penaja

Ahirudin berkata, pakatan itu bukan ditubuhkn semata-mata untuk melindungi mereka daripada sikap 'bermusuhan' pihak berkuasa.

Sebaliknya, kata beliau, pakatan itu juga boleh menjadi wadah untuk mempromosi blog serta membantu meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya, dengan mengadakan latihan dan program pendidikan yang lain," tambahnya.

Para blogger – yang menyokong cadangan itu sebulat suara – telah menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk merangka perlembagaan dan menguruskan pendaftaran pakatan tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ahirudin dan Ooi masing-masing dipilih sebagai presiden dan naib presiden penaja, manakala bekas wartawan NSTP, Nuraina A Samad dipilih sebagai setiausahanya.

Sementara itu, dalam perbincangan yang diadakan mengenai kod etika blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang mengendalikan blog 'kickdafella' berkata, ahli-ahli perlu mengelak daripada menyerang sesama sendiri.

"Kita tidak boleh menyalahgunakan kebebasan untuk menyerang blogger lain secara terbuka," katanya.

Susan Loone turut menyuarakan harapannya agar garispanduan tersebut tidak terlalu ketat.

"Kita tidak mahu melihat blogger disaman oleh pakatan ini kerana melanggar peraturannya,” kata Susan – kini seorang penulis bebas yang berpejabat di Bangkok.

Manakala yang lainnya pula menggesa supaya kod etika tersebut akan meletakkan blogger pada standard sepertimana yang mereka sendiri tuntut daripada pihak berkuasa serta media tradisional yang lain.

"Blogger sendiri perlu mampu memiliki standard seumpama itu," kata Ahirudin ketika ditemui kemudiannya.

Beliau berkata, jawatankuasa penaja penubuhan pakatan tersebut dijadual bermesyuarat beberapa minggu lagi untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada ROS. Berita asal


Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner