Gerakan Anti-Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan
Nov 29, 07 4:13pm
Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan hari ini untuk memberi penerangan ke seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat agar tidak terus dipermainkan oleh media yang hanya inign memastikan satu-satu parti politik sahaja yang berkuasa.

Setiausaha Sekretariat Penaja GASAK, Hasmi Hashim berkata, perkara itu bertentangan dengan semangat demokrasi.

Pada dasarnya, tegas beliau, jawatankuasa penaja Gasak menggariskan tiga tuntutan minima yang melibatkan badan media di negara ini, iaitu:

Hentikan salah lapor.

Laporan seimbang kepada semua pihak.

Kebebasan editorial.

Sehubungan itu, katanya, GASAK merancang untuk mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada parti-parti pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), blogger, individu wartawan serta penulis untuk bersama menjayakan matlamat tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmi berkata, jawatankuasa penaja GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.

"Mesyuarat pagi ini dihadiri oleh beberapa wakil daripada badan bukan kerajaan dan individu berpengaruh," kata Hasmi.

Menurutnya lagi, sebuah jawatankuasa tetap akan dipilih dalam masa terdekat ini, termasuk memilih wakil GASAK di setiap negeri.

"Kami melihat dan menilai bagaimana mutakhir ini sekurang-kurangnya dua laporan yang melibatkan perhimpunan Bersih dan Hindraf disalah lapor secara keterlaluan.

"Bukan itu sahaja, laporan terhadap proses pengambilalihan Proton-VW juga tidak dilaporkan secara telus. Isu kebebasan media sudah cukup parah di negara ini," tambahnya.

Menurut Hasmi lagi, sikap media perdana jelas tidak mempertimbangkan kepentingan dan kesan laporan terhadap pembaca.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya akan mengajak rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih berita dari sumber yang lain.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner