Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih gesa Suhakam teruskan siasatan awam
Diterbitkan:  Dec 18, 2007 4:31 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Suhakam supaya menarik balik keputusannnya membatalkan siasatan awamnya terhadap aduan mengenai seorang anggota polis melepaskan tembakan peluru hidup dalam insiden di Batu Burok, Kuala Terengganu pada 8 September lalu.

Suhakam sebelum ini membatalkan siasatan awam tersebut kerana dua mangsa dalam kejadian itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada 9 Disember lalu atas tuduhan cuba mencederakan anggota polis ketika perhimpunan haram itu.

Pengerusi panel siasatan awam itu Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata Di bawah peruntukan Seksyen 12(2) dan (3) Akta Suhakam 1999 menyatakan suruhanjaya itu tidak boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa perlanggaran hak asasi manusia yang merupakan hal prosiding yang belum selesai di mahkamah atau telah diputuskan secara muktamad oleh mahkamah

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS