Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Gerakan tuduh Umno api-apikan sentimen perkauman
Diterbitkan:  Dec 21, 2007 6:18 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Pemuda Gerakan hari ini menuduhkan pemimpin Umno gemar mensasarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menjadikan mereka alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti parti itu di kalangan masyarakat Melayu.

"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy.

Dalam satu kenyataan setebal empat muka surat, beliau berkata, ahli-ahli politik juga patut disalahkan kerana memisahkanrakyat denganmemainkan politik perkauman.

"Saya ingin memetik Perdana Menteri yang berkata bahawa "kadang-kadang mereka fikir ia adalah satu cara yang mudah untuk mendapatkan undi. Tetapi ia bukanlah cara yang betul kerana memainkan politik perkauman akan hanya membakar sentimen perkauman rakyat, jika tidak dikawal, boleh memudaratkan negara kita".

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS