Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Memorandum bantah kenyataan Kit Siang
Diterbitkan:  Mar 16, 2008 7:30 PM
Dikemaskini: Mar 17, 2008 6:15 AM

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Suara Rakyat Perak berhimpun secara aman di Padang Ipoh hari ini .

lim kit siang 030606 Selepas itu mereka menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membantah kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang meminta wakil rakyat DAP memulaukan majlis pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak Khamis lalu.

Jurucakap kumpulan tersebut, Elfi Mat Noor berkata, memorandum tersebut mengandungi kekesalan rakyat negeri Perak terhadap pemimpin DAP yang menghina keputusan Sultan Perak melantik wakil PAS menjadi Menteri Besar.

Bernama memetik Elfi sebagai berkata, memorandum itu juga bertujuan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada Institusi Raja-raja Perak.

Lim bagaimanapun menarik balik kenyataannya itu dan telah memohon maaf kepada Sultan Azlan dan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu juga menjelaskan bahawa kenyataan itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan Sultan Azlan dan Raja Dr Nazrin yang Lim sanjung tinggi.

Elfi berkata, memorandum itu diterima oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang mewakili Sultan Perak di Istana Kinta pada jam 9 pagi.

ADS