Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Wakil BN mahu lompat parti
Diterbitkan:  Mar 17, 2008 8:23 PM
Dikemaskini: Mar 18, 2008 7:02 AM

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.

anwar ibrahim "Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.

Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.

BN menguasai 51 kerusi di Sabah dan Sarawak, sementara DAP hanya menang dua. PKR gagal di semua kerusi.

Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 40 kerusi lagi untuk memerintah dengan majoriti mudah. Berita asal

ADS