Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden Umno, yang kini disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perlu dipertandingkan supaya mereka yang terpilih merupakan barisan pemimpin yang benar-benar dikehendakli oleh ahli, kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Oleh itu, beliau menggesa dimansuhkan sistem kuota yang diwajibkan ke atas calon-calon yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, najib presiden dan majlis tertinggi (MT) Umno.

umno 2007 abdullah ahmad badawi 071107 Kuota pencalonan yang dikenakan ialah 30 peratus bagi jawatan presiden, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan lima peratus untuk kerusi MT.

Syed Ali berkata, Umno perlu kembali mengamalkan sistem lama yang membenarkan calon layak bertanding semua jawatan parti apabila mendapat seorang pencadang dan seorang penyokong.

Berani cabar

"Amalan (kuota) ini dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mahathir. Walaupun beliau pernah dicabar Tengku Razaleigh tetapi Umno kembali kuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat khas Umno bahagian Cheras malam tadi.

Oleh itu, katanya, Abdullah juga tidak perlu takut untuk bertanding mempertahankan jawatan presiden.

syed ali al habshee Syed Ali berkata, ini kerana kemenangan melalui pertandingan membuktikan beliau seorang 'anak jantan' yang berani berdepan dengan apa juga cabaran.

Beliau berkata, sistem kuota juga menyebabkan berlakunya rasuah apabila pemimpin yang mahu bertanding membeli pencalonan daripada bahagian-bahagian.

"Keadaan ini menyebabkan hanya orang tertentu sahaja yang mampu membeli sokongan dari bahagian untuk mendapat pencalonan yang mencukupi mengikut sistem kuota tersebut," katanya.

Cara ini, tambahnya, tidak sihat dan gagal melahirkan barisan pemimpin yang benar-benar tulen seperti yang dikehendaki oleh para ahli.

Syed Ali berkata, bahagian itu juga menyokong gesaan supaya Umno mengadakan perhimpunan agung khas untuk membincangkan prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Gesaan tersebut dimulakan oleh ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Pemuda Umno Johor.

Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya menyokong gesaan itu kerana ia penting dalam usaha memulihkan kekuatan parti yang kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Katanya, usaha tegas perlu diambil bagi memantap semula Umno dan ia boleh dilakukan dengan mendengar kritikan dan saranan para ahli peringkat akar jika perhimpunan khas itu diadakan.

ADS