Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kejutan: Puteri tidak setuju tangguh
Diterbitkan:  Mar 26, 2008 11:45 AM
Dikemaskini: 5:18 PM

Pergerakan Puteri Umno membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan dalam tempoh beberapa jam berhubung isu penangguhan pemilihan agung parti itu.

umno 2007 puteri wanita 061107 noraini ahmad speech Datuk Noraini Ahmad pada awalnya bersetuju ia diadakan tahun depan demi menyelesaikan masalah dalaman dan luaran parti, lapor New Straits Times hari ini.

Namun empat jam kemudian, laporan itu dipetik, menarik balik kenyataan dan membantah penangguhan.

Jika ia gagal diadakan pada Ogos seperti dijadual, tambah Noraini, ia boleh dibuat pada Disember.

Hari ini, kira-kira 24 jam menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semakin ramai pemimpin dan penggerak akar umbi parti itu membantah saranan untuk menangguhkan pemilihan seperti disuarakan oleh ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Semalam, beliau berkata kebanyakan negeri mencadangkan pemilihan parti ditunda ke tahun depan dalam pertemuan dengan presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selain Noraini, beberapa pemimpin Pemuda Umno peringkat bahagian dilaporkan menolak penangguhan.

Semalam exco Pemuda yang lantang, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mahu pemilihan parti diteruskan mengikut jadual.

Hari ini, dua lagi pemimpin kanan yang juga ahli MT Umno Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sependapat dengan pandangan Mukhriz.

ADS