Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Semua tindakan undang-undang yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap individu di Selangor akan digugurkan, kata pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan negeri Ronnie Liu.

"Saya telah meminta semua yang dipertua majlis tempatan mengumpulkan semua jumlah kes tersebut. Kita telahpun memutuskan apa juga saman terhadap individu, akan digugurkan.

ronnie liu selangor interview 080408 "Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya.

Liu, 50, memberitahu demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Shah Alam semalam.

"Sehingga ini, kita telah menarik balik perintah pemindahan terhadap penduduk, seperti di Papan di Pandamaran dan di Kampung Berembang.

"Dan mengenai isu kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang, kami telahpun menasihatkan peguam kedua-dua belah pihak supaya menangguhkan dahulu semua tindakan," katanya.

Dalam wawancara tersebut, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu turut ditanya mengenai dakwaan bahawa Adun DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim telah dipinggirkan dalam parti dan kerajaan negeri.

"Tidak benar. Teng membantu parti memenangi pilihanraya dan menubuhkan kerajaan campuran (di Selangor). Diharapkan beliau akan dilantik sebagai speaker DUN.

"Dengan adanya Teng, kita akan dapat mentadbir dan menaiktaraf (DUN) kerana ia sebahagian daripada matlamat parti untuk menjadikan parlimen dan DUN bertaraf dunia," katanya.

"Speaker merupakan satu jawatan terkanan dan penting di segi protokol dan pentadbiran DUN.

"Beliau akan mempunyai 25 kakitangan di bawahnya. Saya? Hanya seorang kerani. Apakah itu anda anggap (beliau) dipinggirkan? Tidak," tambah Liu.

>>> Ikuti wawancara penuh

ADS