Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Izinkan mualaf keluar Islam
Diterbitkan:  Apr 11, 2008 12:17 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

kemaskini 4:09pm Sambil mengalu-alukan langkah baru mewajibkan seseorang mengisytiharkan penukaran agama kepada Islam, MCA turut mencadangkan seseorang mualaf dibenarkan meninggalkan Islam tanpa sebarang halangan.

"Pada waktu yang sama, mesti wujud proses dan tatacara yang telus bagi mereka yang bertukar agama kerana perkahwinan atau ketika masih kanak-kanak untuk meninggalkan Islam tanpa sekatan," kata presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Ong juga mencadangkan saudara baru diberikan satu tempoh masa tertentu untuk memaklumkan penukaran agama itu kepada keluarga bagi memastikan keadilan kepada ahli keluarganya dan menghindari perbalahan di kemudian hari.

islam and judiciary judgement "Pendirian MCA sentiasa konsisten dengan langkah sedemikian. Bagaimanapun, kami ingin penjelasan lanjut proses pelaksanaan syarat tersebut," kata Ong lagi.

Perdana menteri semalam mengumumkan kerajaan bakal memperkenalkan peraturan mewajibkan seseorang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agamanya.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata langkah itu bertujuan mengelak masalah sewaktu saudara baru itu meninggal dunia.

"Kita tidak mahu jabatan agama kata si mati beragama Islam, manakala keluarganya pula berkata dia beragama lain akibat dia masuk Islam secara senyap-senyap tanpa memberitahu keluarga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Apabila wujud peraturan itu, tambah Abdullah, seseorang mualaf perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya telah dimaklumkan mengenai agama barunya.

Sejak beberapa tahun lalu kes perebutan mayat antara jabatan-jabatan agama dengan keluarga si mati yang bukan Islam semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan masyarakat.

hindu indian women and islam and court and judiciary Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoi Malaysia (MCCBCHST) turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan itu.

"Langkah ini positif bagi memastikan perundangan dan sistem pentadbiran tidak akan disalahgunakan oleh seseorang yang cuba mengelak daripada tanggungjawab kepada keluarganya sendiri dengan masuk Islam," kata presiden majlis itu Datuk A Vaithilingam hari ini.

"Bagaimanapun mesti ada dokumen hitam putih bagi membuktikan ahli keluarga terdekat, khususnya ibu bapa dan pasangan masing-masing telah dimaklumkan."

Majlis itu juga menawarkan khidmat guamannya kepada kerajaan untuk menolong menyelesaikan sebarang kes berbangkit, tambahnya.

ADS