Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli Dewan Rakyat angkat sumpah
Diterbitkan:  Apr 28, 2008 11:24 AM
Dikemaskini: 8:06 AM

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di depan yang dipertuanya pagi ini.

Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Sebelum upacara perdana menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengangkat sumpah dan dimasyhurkan sebagai yang dipertua dewan di hadapan anggota-anggota parlimen.

Dua ahli parlimen BN Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee terpilih sebagai timbalan yang dipertua dewan dalam pengundian.

Ahli-ahli parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan calon DAP Dr. Tan Seng Giaw, ahli dari Kepong.

Junaidi memperoleh 141 undi, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).

Sesi pertama penggal pertama akan berlangsung mulai hari ini sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember.

Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang.

Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.

Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.

ADS